Empat awak-awak Thailand hilang selepas bot dilanda ribut - Utusan Malaysia

Empat awak-awak Thailand hilang selepas bot dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Empat awak-awak warga Thailand disyaki hilang selepas bot dinaiki mereka dilanda ribut di kedudukan 17.2 batu nautika barat Pulau Rebak di sini Ahad lalu.

Pengarah Maritim negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Rozali Said berkata, laporan polis berhubung kehilangan bot nelayan tempatan kelas C itu dibuat pemiliknya pada kelmarin selepas gagal menghubungi bot tersebut sejak beberapa hari lalu.

“Mengikut maklumat yang diperoleh, dua buah bot nelayan tempatan dari pengkalan nelayan Kuala Perlis telah keluar ke laut pada Khamis lalu untuk memukat ikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, sebuah bot disedari hilang oleh sebuah lagi bot kira-kira pukul 7 pagi, Ahad lalu selepas mereka dilanda ribut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi kemudian mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 6 petang semalam.

“Bot Petir 81 Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis, Bot RH 9 milik Pasukan Polis Marin dan empat bot nelayan tempatan telah ke lokasi terakhir bot tersebut seterusnya membuat pencarian di sektor yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Tambahnya, operasi yang ditangguhkan semalam diteruskan hari ini dengan tambahan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini