Emery jurulatih terbaik - Sokratis - Utusan Malaysia

Emery jurulatih terbaik – Sokratis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 27 Mei – Pertahanan Arsenal, Sokratis Papastathopoulos percaya Unai Emery telah melaksanakan tugas di luar jangkaan dalam musim pertamanya berbanding bekas mentornya, Jurgen Klopp, Thomas Tuchel dan Massimiliano Allegri.

Bekas pengendali Sevilla, Emery mampu memenangi Liga Europa buat kali keempat sewaktu skuad Gunners bertemu Chelsea di pentas akhir di Baku Rabu ini (Khamis, pukul 3 pagi waktu Malaysia).

Pemain kebangsaan Greece, Sokratis memiliki pandangan tersendiri dengan menyifatkan kaedah yang diguna pakai Emery melonjak prestasinya ke tahap terbaik dan menganggap pengendali itu adalah jurulatih terbaik yang pernah dimilikinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sokratis sebelum ini pernah berada di bawah bimbingan Allegri ketika mewakili AC Milan dan Klopp serta thomas Tuchel sewaktu bersama di Borussia Dortmund.

“Dia merupakan jurulatih terbaik yang pernah saya miliki sepanjang karier saya kerana saya meraih peningkatan prestasi di bawah bimbingannya. Saya beraksi dengan pantas sejak setahun dua atau tiga tahun lalu.

“Saya fikir, saya telah membuat pilihan tepat dan cara kendaliannya banyak melibatkan kerjasama secara individu. Anda boleh lihat bagaimana ia berlaku sebab kini terdapat ramai pemain muda masuk,” ujarnya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini