El Dor benteng baharu Bos Gaurus - Utusan Malaysia

El Dor benteng baharu Bos Gaurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH 18 Mei – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) membawa masuk pemain import baharu dari Lebanon, Hussein El Dor bagi memperkukuhkan benteng The Bos Gaurus.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pemain berusia 25 tahun itu menandatangani kontrak sehingga akhir musim ini bagi menggantikan bek tengah dari Australia, Zac Anderson yang terpaksa digugurkan akibat kecederaan lutut.

“Perkara (mengambil pemain import baharu) ini dibuat kerana kita mendapati Zac Anderson mengalami kecederaan yang mana mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, bagi memastikan pasukan Perak dapat bersaing dalam Liga Super 2019 dan pertandingan yang lain, maka kita mengambil keputusan untuk menandatangani kontrak seorang pemain baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, PAFA mengikat dua pemain import baharu dari Brazil iaitu Ronaldo Henrique Silva dan Raianderson Da Costa Morais selepas jendela perpindahan kedua Liga Bola Sepak Malaysia bagi musim 2019 dibuka pada 2 Mei lalu.

Ahmad Faizal, yang juga Menteri Besar Perak, berkata kedua-dua pemain setuju mengikat kontrak selama enam bulan dan berharap mereka dapat membantu skuad The Bos Gaurus memperbaiki kedudukan pasukan dalam kempen Liga Super 2019.

Ronaldo, 28, yang sebelum ini beraksi bersama pasukan Esporte Club di Brazil bakal menggantikan bekas penyerang, Gilmar Jose Da Silva yang terpaksa digugurkan akibat masalah prestasi.

Sementara itu, Raianderson, 23, bekas tonggak Atletico Acreano yang beraksi dalam Liga Brazil pula akan mengisi kekosongan ditinggalkan Wander Luiz Junior akibat masalah peribadi.

Sementara itu, pengurus The Bos Gaurus, Datuk Adly Shah Ahmad Tah percaya kemasukan El Dor bakal memberi impak positif kepada pasukan khususnya dalam mengukuhkan barisan pertahanan.

Beliau berkata, pemain itu juga dijangka akan diturunkan pada perlawanan menentang Pahang esok (19 Mei) di Stadium Darul Makmur dalam aksi saingan Liga Super.

“Cabaran pada pertengahan musim pasti lebih hebat dengan semua pasukan membuat beberapa penambahbaikan bagi memperkuat dan mengukuh pasukan.

“Presiden, ketua jurulatih serta saya sendiri yakin dan percaya kemasukan El Dor akan memantapkan pasukan terutamanya di barisan pertahanan selain membantu bahagian serangan yang kini mula menunjukkan taring.

“Kita yakin dengan kemampuan kewangan kita yang terhad, kita telah mencuba mendapatkan pemain yang boleh meningkatkan prestasi pasukan dan seterusnya menzahirkan keputusan yang lebih positif,” katanya dalam satu kenyataan di Ipoh, hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini