KUALA LUMPUR 28 Mei – Prestasi membanggakan dalam kejohanan badminton Piala Sudirman baru-baru ini tidak sesekali menyebabkan pemain beregu negara Teo Ee Yi alpa dan terbuai-buai dengan pencapaian tersebut. Malah, pemain berusia 26 tahun itu tetap merendah diri dan menghormati senior mereka, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang sudah bergelar pemain profesional. Pemain kelahiran Muar, Johor itu juga berpendapat mereka belum mencapai taraf pemain yang berada di kelompok lima terbaik…










