Dua tokan dadah pusat hiburan diberkas - Utusan Malaysia

Dua tokan dadah pusat hiburan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan memberkas dua lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM36,407 dalam satu serbuan di belakang sebuah rumah kedai di Seremban 2 dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Pang Jin Lai berkata, serbuan kira-kira pukul 9.40 malam itu merampas dadah jenis syabu dianggarkan seberat 232.1 gram, ketamin (7.61 gram), ekstasi (2.98 gram) dan eramin 5 (5.58 gram).

“Pemerhatian dan serbuan yang dijalankan keatas sebuah kenderaan di belakang rumah kedai itu berjaya menangkap dua lelaki berusia lingkungan 27 dan 29 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan proaktif JSJN Negeri Sembilan ini telah berjaya menangkap dua lelaki yang menjalankan kegiatan mengedae dadah kepada pengunjung pusat hiburan di sekitar Seremban,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Jin Lai berkata, polis turut merampas dan menyita sebuah kereta jenis Toyota Vios dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi serta dua utas jam tangan bernilai kira-kira RM950 dari kedua-dua suspek.

Menurut beliau, lelaki terbabit sedang ditahan reman selama tujuh hari dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ujian saringan ari kencing keatas mereka positif penyalahgunaan dadah.

Jelas beliau, jika sabit kesalahan, kedua-dua suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini