TAWAU 1 Mei-Pasukan Polis Marin (PPM) menahan empat lelaki dalam satu serbuan di kawasan Kampung Tinagat, Batu 8, Jalan Apas di sini selepas dipercayai cuba menyeludup masuk tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) semalam. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Mohamad Pajeri Ali berkata, dalam serbuan pada pukul 11 malam di pondok pengawal di sebuah syarikat perindustrian itu, pihaknya menahan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan itu serta dua lelaki…









