Dua pemancing terapung dua jam di laut - Utusan Malaysia

Dua pemancing terapung dua jam di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 16 Mei – Tong kosong menyelamatkan dua pemancing selepas bot gentian kaca dinaiki mereka terbalik akibat dibadai ombak di perairan Sungai Tawau, Sabah semalam.

Shahrul Lizam Rizman dan Azman Abd. Rahim yang berpaut pada tong itu selama dua jam, ditemukan selamat oleh seorang daripada anggota keluarga mereka yang melakukan pencarian di sekitar perairan Batu 4 dekat sini.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Operasi Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata, pihaknya menggerakkan bot peronda pada pukul 6.50 petang selepas menerima maklumat awal berhubung dua lelaki dikhuatiri lemas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan maklumat awal, ketika kejadian tiga lelaki berumur antara 17 hingga 46 tahun dari Kampung Batu 2, keluar memancing pada pukul 5.30 petang.

“Namun ketika bot terbalik, rakan mangsa Samri Sundu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke kawasan pantai dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa, seterusnya pencarian untuk menyelamat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sekitar pukul 7.19 malam, kedua-dua mangsa ditemukan dengan hanya mengalami kecederaan ringan pada badan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Susulan insiden itu, Mohd. Yusri menasihatkan orang awam agar peka terhadap perubahan cuaca dan sentiasa memakai jaket keselamatan ketika keluar ke laut bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Tambahnya,, katanya masyarakat boleh menyalurkan sebarang maklumat kecemasan ataupun salah laku jenayah, ke Pusat Operasi, Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau hubungi MERS 999. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini