Dua pekerja warga Bangladesh maut dihempap kayu pallet - Utusan Malaysia

Dua pekerja warga Bangladesh maut dihempap kayu pallet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 5 Mei – Dua pekerja warga Bangladesh maut selepas dihempap kayu pallet yang mengandungi kotak-kotak buah kurma di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 40-an maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya terus ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kami mendapati dua mangsa telah dihempap oleh timbunan kayu pallet dan kotak yang berisi buah kurma.

“Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan telah ditarik keluar dari timbunan tersebut oleh rakan sekerja mereka namun mereka disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini bagi urusan bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini