Dua lelaki ditahan seludup minyak petrol ke Filipina - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditahan seludup minyak petrol ke Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 7 Mei.- Kegiatan dua lelaki tempatan menyeludup minyak ke Filipina terbongkar selepas ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) bersama 30 tong minyak petrol di kawasan Pulau Kalapuan dekat sini semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Mohamad Pajeri Ali berkata, hasil maklumat dan risikan, satu operasi antara PPM dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) telah dilakukan kira-kira pukul 8 malam terhadap dua perahu dan sebuah rumah.

Ujarnya, hasil pemeriksaan perahu pertama, pihaknya telah menemukan 10 tong berisi minyak petrol serta lima tong memasak untuk diseludup.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas perahu kedua, pihak kita kemudiannya menemukan 10 lagi tong minyak petrol yang disimpan di situ.

“Bertindak atas maklumat, kita kemudiannya telah melakukan pemeriksaan lanjut ke atas sebuah rumah yang didiami suspek berumur 53 dan 21 tahun, dan didapati terdapat 10 tong lagi minyak petrol,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Pajeri memberitahu, kesemua rampasan bernilai RM21,324 telah dibawa ke markas operasi PPM di Semporna untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Hasil siasatan, pelbagai taktik digunakan sindiket penyeludup keluar minyak ke negara jiran bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, usaha membanteras kegiatan penyeludupan minyak ke negara luar sentiasa dilaksanakan dan masyarakat yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan ini diminta memaklumkan kepada pihak berkuasa,” katanya.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini