KUALA LUMPUR 19 Mei – Polis menahan dua lelaki yang disyaki pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah kosong di Jalan Banting, Lawas, Sarawak semalam.
Menurut portal Utusan Borneo, kedua-dua suspek berusia 25 dan 47 tahun adalah warga tempatan.
Difahamkan, serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 3.30 petang itu menemukan 12 tiub penyedut minuman mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu pada seorang daripada suspek.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan penangkapan tersebut.
“Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala seorang lagi disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama kerana penyalahgunaan dadah,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE











