Dua lagi mayat warga Palestin ditemukan dalam serangan Israel - Utusan Malaysia

Dua lagi mayat warga Palestin ditemukan dalam serangan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY 6 Mei – Dua mayat ditemukan di bawah runtuhan di Semenanjung Gaza hari ini menjadikan keseluruhan 25 orang maut berikutan keganasan yang memuncak dengan Israel, mengikut Kementerian Kesihatan.

Empat warga Israel juga terbunuh daam ketegangan dua hari yang dilihat berakhir pagi tadi dengan Mesir menjadi orang tengah dalam genjatan senjata berkenaan.

Ia bermula pada Sabtu lalu dengan banyak bedilan roket dari Semenanjung Gaza ditadbir Hamas dan dibalas dengan gelombang serangan rejim Israel.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kementerian Gaza dalam kenyataan berkata, dua mayat itu dikenali sebagai Talal Abu Al-Jidian, 48, dan isteri, Raghda Abu Al-Jidian, 40 ditemukan di utara Semenanjung Gaza. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini