Dua beranak mangsa ragut jatuh longkang - Utusan Malaysia

Dua beranak mangsa ragut jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang wanita dan anak perempuannya berdepan detik cemas apabila terjatuh ke dalam longkang selepas disamun seorang lelaki bermotosikal di Taman Sri Rambai, Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, kedua-dua mereka dilaporkan cedera ringan akibat terjatuh.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 40-an dan anak tirinya berumur enam tahun dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di kawasan itu dengan menunggang motosikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa dikatakan telah dikejar oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru sebelum suspek menarik beg yang digalas wanita warga Indonesia itu.

“Suspek kemudiannya melarikan diri, manakala kedua-dua beranak tersebut terjatuh ke dalam longkang di kiri jalan,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Nik Ros Azhan berkata, wanita itu yang cedera pada muka dan anaknya yang cedera pada kepala dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam di sini bagi mendapatkan rawatan.

Difahamkan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

Kes itu disiasat menurut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini