IPOH 25 Mei – Pengamal perubatan warga asing perlu berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan memiliki sijil perakuan amalan perubatan sebelum dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan di negara ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan itu. “Sekiranya mereka tidak berdaftar, tiada sijil amalan tahunan tetapi menawarkan perkhidmatan perubatan, mereka boleh dikenakan tindakan atas kesalahan…










