Ditahan tangkap ikan guna renjatan elektrik - Utusan Malaysia

Ditahan tangkap ikan guna renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 24 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga bot nelayan Vietnam yang didapati menangkap ikan tanpa lesen dalam kawasan perairan negara dengan menggunakan kaedah renjatan elektrik.

Pengarah Maritim Sabah, Laksamana Muda Kamaruszaman Abu Hasan berkata, bot berkenaan ditahan ketika sedang menangkap ikan di kawasan Pulau Layang-Layang, semalam pada pukul 3.00 petang.

“Setelah diperiksa, bot itu didapati memiliki peralatan menangkap ikan yang dilarang iaitu menggunakan kaedah renjatan elektrik yang boleh mengancam ekosistem hidupan laut selain tidak mempunyai lesen sah menangkap ikan,” katanya dalam sidang akhbar di Jeti Maritim, Sepanggar, Sabah hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kamaruszaman memberitahu, seramai 33 awak-awak termasuk tiga tekong warganegara Vietnam berumur antara 16 tahun dan 55 tahun turut ditahan serta direman untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 14(3)(b), Seksyen 15 dan 26 (1) (c) Akta Perikanan 1985.

“Hasil tangkapan suspek itu juga adalah kerjasama daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berjaya memintas bot berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak Maritim Malaysia,” ujarnya.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini