Dhabitah raih gangsa di London - Utusan Malaysia

Dhabitah raih gangsa di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mei -Penantian pingat skuad terjun sejak hari pertama Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA di London, akhir direalisasikan penerjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri dalam acara tiga meter papan anjal individu yang memenangi pingat gangsa.

Pingat gangsa yang dimenangi Dhabitah merupakan satu-satunya pingat diraih oleh skuad negara di kejohanan itu, sedikit sebanyak mengubat kekecewaan selepas hampir pulang dengan tangan kosong.

Dalam masa sama, turut memberi kegembiraan buat Dhabitah selepas mempamerkan aksi hambar dalam dua acara lain yang disertainya bersama Syafiq Putih dan Wendy Ng dalam acara tiga meter papan anjal seirama campuran dan wanita apabila gagal meraih pingat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdullilah dengan kejayaan meraih pingat gangsa. Tidak sangka saya dapat memenangi pingat dalam acara individu apabila bersaing dengan penerjun terbaik dunia.

“Kejayaan yang diperolehi tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan padu keluarga, rakan sepasukan dan mereka yang sentiasa menyokong saya,” katanya menerusi Instagramnya.

Penerjun berusia 19 tahun ini bermula agak perlahan dalam aksi final tiga meter papan anjal individu wanita itu dengan hanya meraih 63 mata dalam terjunan pertama.

Namun, perlahan-lahan dia berjaya memperbaiki kutipan mata dalam terjunannya dengan menamatkan saingan dengan kutipan 344.40 mata.

Pingat emas menjadi milik Maddison Keyney dari Autralia dengan mengumpul 368.30 mata sementara perak milik Jennifer Abel dari Kanada (353.05).

Untuk rekod, ini merupakan pingat kedua Dhabitah dalam Siri Dunia dengan sebelum ini memenangi perak bersama Pandelela Rinong di Kanada pada 2017. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini