Derita lelaki berpenyakit kulit kronik - Utusan Malaysia

Derita lelaki berpenyakit kulit kronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Seorang bapa menghidap penyakit kulit kronik, psoriasis resah memikirkan masa depan keluarganya terutama menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Zarhari Md. Noor, 43, berkata, penyakit psoriasis yang dideritainya sejak 20 tahun lalu menyebabkan keseluruhan kulit badannya mengelupas, bersisik dan berkuping sekali gus menyukarkannya mencari rezeki demi menyara keluarga.

“Dulu saya bekerja sebagai pemandu lori dan penoreh getah namun terpaksa berhenti sejak dua tahun lalu selepas penyakit kulit ini semakin teruk dan merebak hingga menyebabkan tulang jari tangan dan kaki saya membengkok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Begitupun demi sesuap nasi, saya gagahkan diri juga mencari barangan lusuh seperti kotak dan besi di sekitar daerah ini dengan pendapatan paling tinggi RM20 sehari,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung  Paya Kemudi, Bukit Besi dekat sini hari ini.

Zarhari berkata, sewaktu keluar mencari barangan lusuh, dia perlu menanggung kepayahan menunggang motosikal selain menahan kesakitan kerana kulit badannya akan mengelupas sehingga mengeluarkan darah kerana terdedah lama dengan cahaya matahari terik.

Tambah memeritkan, dia perlu berhadapan dengan stigma segelintir masyarakat yang seolah-olah meminggirkannya kerana takut dijangkit penyakit kulit dihidapinya sedangkan sebenarnya menurut pakar perubatan ia berpunca daripada genetik dan tidak akan merebak. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini