JAKARTA 17 Mei – Lelaki yang memotong seorang wanita kepada enam bahagian mendakwa terdengar suara ghaib mengarahkannya berbuat demikian dalam satu kejadian di Pasar Besar, Kota Malang baru-baru ini.
Lapor Viva, suspek, Sugeng berusia 49 tahun ditangkap di Jalan Laksamana Martadinata kira-kira pukul 1.30 petang, kelmarin.
Ketua Polis Kota Malang, Asfuri berkata, berdasarkan keterangan awal pelaku, halusinasi tersebut mendorongnya mengerat mangsa.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Yang jelas, suspek mengakui dirinya melakukan perbuatan itu.
“Pelaku juga mengaku tidak mengenali mangsa cuma bertemu pada 11 Mei lalu apabila wanita itu mengaku menderita sakit pada bahagian kelamin dan membuat wasiat, bila mati dia ingin dikerat,” katanya. – AGENSI











