Dekorasi ruang yang diilhamkan daripada palet kayu suatu masa dahulu bukanlah suatu pemandangan yang lazim pada mata masyarakat. Bagaimanapun, ia kini dilihat menjadi trend yang diterima secara meluas bukan sahaja menghiasi sesuatu ruang dalam rumah malah premis-premis perniagaan. D’PALLET Place yang terletak di Jalan Hulu Langat, Taman Kemacahaya, Batu 9, Cheras, Selangor tidak terkecuali memperkenal dan memperkasa trend tersebut apabila ia mula dibuka sekitar Februari 2016. Kata pengasasnya, Azhan Mustafa,…










