LONDON 27 Mei – Pertahanan berprofil tinggi Belanda, Matthijs de Ligt mengakui belum membuat keputusan mengenai masa depannya meskipun dia dikaitkan dengan beberapa kelab terkemuka di Eropah.
Bintang berusia 19 tahun itu yang beraksi bersama Ajax hingga peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara, dikaitkan dengan Barcelona, yang telah mendapatkan pemain tengah, Frenkie de Jong dari kelab Belanda tersebut.
Difahamkan United mahu mencabar Barca untuk mendapatkan tandatangan De Ligt namun pemain tersebut memerlukan ruang.
“Liga Perdana Inggeris (EPL) kejohanan yang mencabar, begitu juga dengan liga domestik Sepanyol.
“Bagaimanapun anda mempunyai lain-lain kejohanan, bukan hanya dua kejohanan ini sahaja. Saya masih belum tahu apa-apa mengenai masa depan saya,” katanya. – AGENSI










