Dasar Keusahawanan Negara dilancar Julai ini - Utusan Malaysia

Dasar Keusahawanan Negara dilancar Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Dasar Keusahawanan Negara (DKN) yang sedang diusahakan Kementerian Pembangunan Usahawan akan dilancarkan pada 11 Julai ini dengan menggariskan 21 objektif pembangunan keusahawanan negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, DKN akan melibatkan rangka kerja keusahawanan yang komprehensif dan holistik bagi meningkatkan keupayaan perusahaan kecil sederhana dan usahawan.

“Agensi-agensi di bawah kementerian juga terlibat di Pusat Sehenti Keusahawan (PSK) dalam membantu usahawan yang berhadapan dengan isu-isu ketika menjalankan perniagaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gerakan koperasi diseru meningkatkan keusahawanan dalam kalangan anggota koperasi melalui penglibatan aktiviti keusahawanan yang boleh diusahakan melalui penglibatan anggota secara individu dan koperasi bertindak sebagai pusat pengumpulan dan pemasaran produk usahawan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Institut Koperasi Malaysia (IKM) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi.

Dalam majlis tersebut, Maktab Koperasi Malaysia dijenamakan semula dan bermula hari ini akan dikenali sebagai IKM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini