City dakwa ada pihak hendak hancurkan kelab - Utusan Malaysia

City dakwa ada pihak hendak hancurkan kelab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Mei – Dakwaan bahawa Manchester City akan digantung daripada beraksi di Liga Juara Juara Eropah kerana melanggar peraturan kewangan disifatkan sebagai usaha pihak tertentu mahu menghancurkan juara terbaharu Liga Perdana Inggeris itu.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, City berkata, dakwaan itu seperti bertujuan untuk mencadangkan dan mempengaruhi Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) agar mengambil tindakan sedemikian sedangkan ianya masih dalam siasatan.

“Kami telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Badan Penyiasat Berkaitan Undang-Undang Kawalan Kewangan Kelab (CFCBIC) yang masih berterusan. Bagi tujuan itu, pihak kami berlandaskan kepada komitmen dan bebasnya CFCBIC dalam melakukan proses tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah UEFA juga telah memberi komitmen kepada kami pada 7 Mac lalu bahawa mereka tidak akan membuat apa-apa komen ketika siasatan masih dijalankan. Laporan akhbar New York Times yang memetik sumber sebagai orang yang dekat dengan kes tersebut adalah jelas tidak bertanggungjawab.

“Implikasinya sudah tentu sama ada Manchester City boleh hilang kepercayaan kepada CFCBIC atau proses CFCBIC itu didalangi oleh individu yang mahu menghancurkan reputasi kelab atau status komersilnya atau kedua-duanya sekali,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, siasatan telah pun dilancarkan UEFA sejak awal tahun ini lagi selepas sebuah majalah Jerman, Der Spiegel menerbitkan laporan mendakwa City telah melanggar peraturan kewangan bersih.

Isu ini menjadi kembali panas Isnin lalu apabila New York Times mendakwa ahli CFCBIC yang bermesyuarat dua minggu lalu di Switzerland sudah pun mempunyai keputusan mengenainya dengan mencadangkan penggantungan sekurang-kurangnya satu musim. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini