City caras United - Utusan Malaysia

City caras United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 4 Mei – Manchester City bersedia untuk mencaras pemain yang diburu Manchester United, Joao Felix dengan mengemukakan tawaran ‘menggoda’ buat bintang remaja berusia 19 tahun itu.

Felix mengharungi kempen menakjubkan bersama Benfica musim ini dengan meledak 14 gol daripada 23 perlawanan, dan dia bukan saja menarik perhatian City, malah gergasi Eropah lain seperti Real Madrid, Juventus, Bayern Munich dan Paris Saint-Germain.

Felix memiliki klausa pelepasan 100 juta pound (RM545 juta), dan Benfica meletakkan syarat  mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan pemain tengah itu perlu membuat bayaran secara sekali gus (lump sum).

Memuatkan artikel berkaitan…

Biarpun syarat yang ditetapkan Benfica agak tinggi, namun pengurus United,  Ole Gunnar Solskjaer tetap berminat mendapatkan pemain Portugal itu.

Begitupun menurut akhbar Portugal, Record, Pengarah Bola Sepak City, Txiki Begiristain terlebih dulu mengorak langkah dengan terbang ke Lisbon bulan lalu dan melihat sendiri aksi Felix.

Dia memilih perlawanan yang tepat apabila Felix meledak hatrik ketika membantu Benfica menewaskan kelab Jerman, Eintracht Frankfurt 4-2 dalam suku akhir Liga Europa.

Begiristain menyedari ibu bapa Felix turut berada dalam perlawanan itu, dan mengemukakan tawaran yang ‘menggoda’ kepada mereka, sekali gus meletakkan City sebagai pasukan pilihan untuk mendapatkan bintang remaja tersebut.

Menurut Record, Begiristain pada mulanya menonton perlawanan itu untuk melihat aksi penyerang Frankfurt, Luka Jovic tetapi sasarannya terus beralih kepada Felix.

City sudahpun mempunyai seorang bintang Portugal dalam pasukannya iaitu Bernardo Silva. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini