City akui makin bersemangat - Utusan Malaysia

City akui makin bersemangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester City, John Stones mengakui persaingan antara pasukannya dengan Liverpool bagi merebut takhta Liga Perdana England menyebabkan mereka semakin bersemangat untuk memburu kejuaraan tersebut.

Pemain antarabangsa England itu berkata, pada musim lalu, mereka lebih santai ketika mengharungi baki saingan liga kerana telah meninggalkan pesaing terdekat dengan jurang mata yang besar.

“Bagaimanapun, pada musim ini perbezaan mata dengan Li­verpool sangat kecil dan ia telah menyebabkan kami begitu dahagakan kemenangan dalam dua baki perlawanan terakhir. Ia adalah persaingan yang sihat dan sangat memuaskan hati jika kami ditabalkan sebagai juara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak ramai pemain yang pernah mengalami situasi seperti musim ini, namun David Silva, Sergio Aguero serta beberapa lagi pemain lain telah berpengalaman dan mereka tahu cara bagaimana untuk mengawal emosi supaya kemenangan berada dalam genggaman City.

“Saya tidak fikir City tertekan kerana masih mendahului de­ngan satu mata tetapi kami perlu berhati-hati kerana jika tewas atau seri pada perlawanan seterusnya, kami mungkin gagal menjulang trofi kejuaraan,” katanya.

Setakat ini, skuad bim­bingan Pep Guardiola itu te­lah meraih 12 kemenangan berturut-turut dan perlu mendapatkan enam mata lagi bagi merangkul trofi liga.

Mereka kini mengumpul 92 mata iaitu mendahului satu mata di hadapan Li­verpool yang meng­huni kedudukan kedua. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini