China kecam rutin transit kapal AS - Utusan Malaysia

China kecam rutin transit kapal AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 23 Mei – China mengemukakan bantahan terhadap Amerika Syarikat (AS) selepas dua kapal perang AS berlayar di Selat Taiwan, sekali gus mencetuskan lagi ketegangan antara kedua-dua negara.

Menurut Tentera Laut AS, kapal pemusnah USS Preble dan kapal bekalan, USNS Walter S. Diehl menjalankan rutin transit mengikut undang-undang antarabangsa semalam.

“Kapal-kapal itu melakukan transit melalui Selat Taiwan bagi menunjukkan komitmen AS terhadap kawasan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.

Memuatkan artikel berkaitan…
USNS Walter S. Diehl
Kapal USNS Walter S. Diehl yang dihantar oleh AS untuk menjalani pelayaran rutin ke Selat Taiwan sehingga mencetuskan kemarahan negara China. – Foto US Navy/Military.com

“Tentera Laut AS akan terus menerbangkan, berlayar dan beroperasi di mana-mana sahaja selagi dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa,” ujar Tentera Laut AS dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Beijing melihat mana-mana kapal yang melalui selat tersebut telah melanggar kedaulatannya manakala AS dan negara lain melihat laluan terbabit sebagai perairan antarabangsa bebas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini