Chelsea kehilangan Kante - Utusan Malaysia

Chelsea kehilangan Kante

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 27 Mei – Chelsea menerima tamparan hebat menjelang final Liga Europa apabila N’Golo Kante tidak dapat diturunkan untuk menentang Arsenal selepas mengalami kecederaan di buku lali.

Kante menerima kecederaan tersebut ketika berlatih pada Sabtu lalu dan ketiadaan juara Piala Dunia 2018 itu memberi kesukaran kepada bos Chelsea, Maurizio Sarri untuk mencari pemain ganti di tengah.

Ruben Loftus-Cheek sudah pun diketepikan selepas mengalami kecederaan tendon achilles di kaki kiri ketika diturunkan menentang New England Revolution dalam aksi persahabatan dan terpaksa direhatkan selama enam bulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kante dalam pemulihan selepas mengalami kecederaan hamsring yang menyaksikan dia diketepikan dalam dua aksi terakhir Chelsea ketika bertemu Eintracht Frankfurt dan Leicester.

Pemain tengah Perancis itu menerima kecederaan hamstring ketika menewaskan Watford 3-0 di Stamford Bridge dan dia terpaksa dibawa keluar selepas 10 minit beraksi.

Ketiadaan Kante bermakna hanya Jorginho, Mateo Kovacic dan Ross Barkley menjadi pilihan Sarri untuk diturunkan dalam aksi final di Baku. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini