Chatime, Neelofa bekerjasama - Utusan Malaysia

Chatime, Neelofa bekerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Chatime mengumumkan kerjasama dengan artis dan juga ahli perniagaan terkenal, Neelofa bagi membuka kafe Chatime Signature yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Chatime. Aliza Ali berkata, kerjasama itu turut menandakan permulaan penglibatan besar Neelofa dalam peluasan Chatime bukan sahaja di Malaysia malah di Singapura dan juga negara-negara Asia Barat.

Katanya, Chatime Signature merupakan kafe pertama yang akan menghidangkan ‘bubble tea’ malah minuman sihat serta makanan serta dekorasi kafe yang diinspirasikan oleh kembara Neelofa dari serata dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya memilih Neelofa bagi kerjasama ini kerana beliau merupakan seorang usahawan wanita muda yang dipandang tinggi dalam generasi hari ini.

“Kejayaan dan pengalamannya dalam bidang perniagaan serta idea baharu dari Neelofa akan membawa nilai besar kepada Chatime, sejajar dengan misi kami untuk kekal sebagai jenama gaya hidup utama di pasaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chatime dan Neelofa baru-baru ini mengadakan sesi berbuka puasa meraikan kanak-kanak daripada Madrasah Tahfiz Al Warisi dan Rumah Telaga Kasih & Cahaya Kasih.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Chatime, Widayu Latiff dan Neelofa.

Dalam pada itu, Widayu berharap penglibatan Neelofa bersama Chatime akan dapat memberi inspirasi kepada generasi muda agar berani bercita-cita tinggi dan sentiasa terbuka untuk menerima perubahan dan benda baru bagi mencapai kejayaan dalam perniagaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini