MADRID 5 Mei – Keputusan Barcelona untuk merehatkan 11 pemain yang diturunkan ketika menentang Liverpool dalam Liga Juara-Juara terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila mereka dikejutkan dengan kekalahan 0-2 kepada Celta Vigo.
Itu merupakan kekalahan pertama Barca sejak November lalu dalam kempen La Liga.
Lionel Messi, Luis Suarez dan Philippe Coutinho antara pemain yang direhatkan bagi menghadapi aksi timbal balik di Anfield pada Selasa ini namun Barca kehilangan Ousmane Dembele selepas dia terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan hamstring.
Dembele sudah pun direhatkan hampir empat bulan kerana kecederaan yang sama pada musim lalu.
“Kami fikir mungkin dia mengalami koyakan di bahagian otot. Ini bukan disebabkan keletihan kerana dia tidak banyak beraksi ketika bertemu Liverpool,” kata jurulatih Barcelina, Ernesto Valverde. – AFP











