KUALA LUMPUR 29 Mei – Bursa Malaysia kekal tinggi setakat tengah hari ini yang terbukti tidak sealiran prestasi pasaran serantau dengan momentum belian tertumpu kepada saham terpilih didahului TNB, IHH dan Maybank. TNB meningkat 70 sen kepada RM12.36, IHH menambah 13 sen kepada RM5.49 manakala Maybank untung sembilan sen kepada RM9.08. Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.14 mata kepada 1,624.71 selepas dibuka 0.11 mata lebih tinggi kepada 1,614.68. Ia menokok 13.22 mata kepada 1,614.57 sewaktu ditutup semalam. Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya