Bursa Malaysia dibuka rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Bursa Malaysia dibuka rendah disebabkan ketidaktentuan pasaran luaran yang berterusan.

Pada pukul 9.13 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) utama susut 12.81 mata kepada 1,590.93 selepas dibuka rendah 3.8 mata kepada 1,599.94.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 299 berbanding 72, dengan 160 kaunter tidak berubah, 1,366 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jumlah dagangan sebanyak 229.3 juta bernilai RM138.73 juta.

Peniaga berkata, walaupun terdapat sokongan kepada saham berkaitan indeks, sokongan tersebut tidak stabil dengan ketidaktentuan pasaran luaran yang berterusan akan mengurangkan sokongan dan menyebabkan kebanyakan saham rendah.

“Di peringkat domestik, terdapat beberapa petunjuk penting yang akan membantu meningkatkan sentimen.

“Oleh itu, FBM KLCI yang rendah dijangka berterusan yang dapat menyaksikan indeks utama melepasi paras sokongan 1,600 kepada paras 1,595 dan 1,593. Sementara itu, paras halangan, masing-masing pada 1,610 dan 1,620,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini