Bursa Malaysia dibuka rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Bursa Malaysia meneruskan kerugian semalam susulan aktiviti pengambilan untung di kaunter saham mewah terpilih seperti TNB dan Hong Leong Bank.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.03 mata kepada 1,631.21 penutup 1,632.24 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks dibuka 0.71 mata lebih rendah pada 1,631.53.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu sebanyak 143 berbanding 82, dengan 59 kaunter tidak berubah, 1,521 tidak diniagakan dan 18 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 105.49 juta saham bernilai RM96.32 juta.

Peniaga berkata prestasi lemah di Bursa Malaysia selari dengan bursa serantau dan pada masa yang sama menjejaki prestasi lemah semalaman di Wall Street yang terkesan oleh penurunan saham tenaga dan harga minyak.

Penanda aras minyak mentah Brent susut 3.3 peratus kepada US$69.79 setong manakala West Texas Intermediate lebih terjejas, jatuh empat peratus kepada US$61.05 setong.

Kenanga Investment Bank Bhd dalam nota berkata penyatuan jangka pendek boleh berlaku untuk dagangan minggu ini, memandangkan indikator momentum masih memaparkan beberapa kelemahan seperti yang dilihat dalam aliran MACD (pergerakan penumpuan purata yang bergerak) dan RSI (indeks kekuatan relatif) .

“Penurunan ketara daripada paras 1,660 (R1) adalah penting untuk indeks tempatan untuk bergerak kepada aliran meningkat ke arah paras 1,700 dan sukar untuk melangkaui R1, yang akan menyaksikan indeks kembali semula ke arah paras 1,615 dan 1,600,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini