TIDAK dapat dinafikan kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang terutama ekonomi, pendidikan dan infrastruktur hari ini hasil pengeluaran produk pendidikan tinggi yang dimiliki rakyatnya. Taraf hidup rakyat semakin baik berbanding zaman penjajah Inggeris yang pernah memerintah negara ini suatu masa dahulu. Banyak sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dibina bagi menempatkan ramai pelajar luar bandar yang berpotensi maju belajar di situ. Kini terbukti langkah berkenaan dapat meningkatkan…










