Buka matrikulasi untuk semua? - Utusan Malaysia

Buka matrikulasi untuk semua?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGRARANG
SUARA Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Hau Loe Chai yang meminta dihentikan layanan tidak adil kepada pelajar bukan bumiputera dalam pendidikan perlu diberi perhatian segera.

Khususnya dalam kaedah untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dikemukakan beliau.

Malah, gesaannya supaya Kerajaan PH memulakan pentadbiran adil itu harus diperluaskan kepada semua aspek. Namun, beliau perlu menerima hakikat bahawa desakan untuk menghapuskan program matrikulasi juga sama sekali tidak wajar. Ia tidak harus dimangsakan atau dihukum.
 Kami mendalami segala ketidakadilan serta kepincangan di ‘masa lalu’, tetapi kita tidak harus mendepani semua kesilapan lampau dengan memusnahkannya. Adalah tenang dan matang kita memulakan keadilan dengan menunjukkan jalan yang betul dengan memperbaikinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun kami memahami perkara dilontarkan Dominic tidak bermotif perkauman, namun ia tetap terbuka menjadi polemik dalam kerangka perkauman. Kerana itu kami lebih awal melontarkan kepada kerajaan PH supaya membanyakkan kerusi untuk kemasukan ke matrikulasi dan turut membuka kepada kaum lain.

Malah, kami mahu supaya pelajar menikmati pendidikan percuma disediakan negara, selain mengesyorkan supaya kerajaan melaksanakan sistem wakaf dalam pendidikan. Dalam isu ini, kami bersedia duduk semeja bersama Gerakan untuk berbincang menghasilkan solusi terbaik untuk kepentingan masa depan negara kita.

Baru-baru ini, Dominic menggesa kerajaan PH agar berani menghapuskan program matrikulasi sebagai permulaan pentadbiran yang adil kepada semua kaum dalam matlamat membina Malaysia baharu.


IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN

Timbalan Ketua Pemuda Pas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini