Bot nelayan ditahan kerana menceroboh kawasan penangkapan ikan - Utusan Malaysia

Bot nelayan ditahan kerana menceroboh kawasan penangkapan ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 25 Mei – Akibat menceroboh kawasan penangkapan ikan di Zon B, sebuah bot nelayan tempatan kelas C menerima padah apabila ditahan oleh bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini.

Bot berkenaan ditahan pada jarak lebih kurang 15 kilometer dari Barat Muka Head pada pukul 2.30 pagi tadi selepas didapati melanggar syarat sah lesen.

Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong lelaki warga Thailand berusia 37 tahun bersama dua orang awak-awak warga Thailand yang kesemuanya lelaki berusia 44 tahun dan 59 tahun berada di atas bot tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka ditahan dibawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

“Bot berkenaan bersama dua gulung pukat tunda, ikan campur anggaran 100 kilogram ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk siasatan serta tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, Maritim negeri akan terus menggandakan usaha membanteras kegiatan langgar syarat lesen perikanan kerana ia menggangu ekosistem marin dan menjejaskan ekonomi nelayan pesisir pantai.

“Orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim negeri di talian 04-2626146,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini