TEMERLOH 3 Mei – Seekor kucing jantan yang terperangkap di atas bumbung tingkap di tingkat tujuh kuarters Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh di sini diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia (JBPM). Ketua JBPM Temerloh, Hashnudiin Hussin berkata, bomba yang menerima panggilan pada pukul 8.19 pagi ini mengambil masa 30 minit untuk menyelamatkan kucing berkenaan. “Seramai lapan anggota dan seorang pegawai ke tempat kejadian dan bomba menggunakan tali untuk keluar ke dinding bangunan bagi menyelamatkan kucing itu,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya