Bomba bantu kanak-kanak tercucuk mata kail - Utusan Malaysia

Bomba bantu kanak-kanak tercucuk mata kail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 19 Mei – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun berdepan pengalaman mengerikan selepas mata kail yang tercucuk pada tangan kirinya gagal dibuang sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Tumpat, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor Raja Arisansahseni Raja Semail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.30 petang oleh pihak Hospital Tumpat.

Menurutnya, empat anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) diketuai Anuar Hassan bergegas ke Hospital Tumpat bagi membantu mengeluarkan mata kail yang tersangkut pada tangan mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mengambil masa selama 15 minit untuk memotong mata kail dengan menggunakan alat ‘Ring’ dan ‘Disc Cutter’.

“Sebaik sahaja selesai, mangsa dirujuk untuk proses pembedahan oleh pihak hospital bagi menggeluarkan baki mata kail yang masih terdapat di tangan,” katanya.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut masih dirawat di Hospital Tumpat dan berada dalam keadaan stabil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini