BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 8 MEI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 8 MEI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ESOK genap setahun Pakatan Harapan memerintah negara selepas berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada Mei tahun lalu.

Sepanjang tempoh setahun itu, pelbagai pandangan dan harapan diberikan oleh rakyat terhadap pencapaian Kerajaan Pakatan Harapan. Antara pandangan yang menjadi perhatian adalah berkaitan janji-janji dalam manifesto yang tidak ditunaikan.

Malah Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah memberi markah 5 daripada 10 apabila diminta mengukur tahap prestasi menteri-menteri Kabinet di bawah kepimpinan beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun beliau berpuas hati dengan prestasi mereka tetapi jumlah markah itu menunjukkan masih banyak yang perlu diperbaiki.

Awang bersetuju bahawa para menteri perlu cepat memperbaiki kelemahan dan belajar mengendalikan portfolio masing-masing, selain tidak boleh ambil masa terlalu lama kerana bimbang rakyat nanti akan mula berasa bosan.

Oleh itu Awang berharap rakyat juga akan memberi peluang kepada menteri-menteri untuk mereka menjalankan tugas dengan lebih berkesan, tetapi kalau selepas ini prestasi masih juga di takuk lama, rakyat pasti tahu apa yang mahu dilakukan.

Awang – Banyak ujian dalam setahun

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini