KEMAHIRAN berkomunikasi adalah elemen penting yang perlu ada dan dikuasai oleh setiap pelajar sama ada bagi memenuhi keperluan ketika proses pelajaran, persiapan untuk menempuh alam pekerjaan ataupun dalam interaksi sosial. Mengambil kira kepentingan tersebut, Persatuan Pelajar Penyiaran atau The Cast dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau membawakan inisiatif khusus bagi membantu pelajar sekolah untuk menerapkan dan memperkukuhkan kemahiran insaniah atau…










