NEWCASTLE – Pemilik Newcastle United, Mike Ashley dilaporkan telah bersetuju untuk menjual kelab itu kepada bilionair Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Zayed Al Nehayan dianggarkan bernilai £350 juta (RM1.87 bilion). Ashley, 54, yang menjadi pemegang saham terbesar Newcastle pada 2007, sebenarnya sudah beberapa kali mahu menjual bekas gergasi Liga Perdana England tersebut. Beliau yang juga pemilik syarikat barangan sukan terkemuka dunia dari Great Britain, Sports Direct International Plc itu terpaksa…









