Bergaya di hari raya bersama koleksi terbaharu Carlo Rino - Utusan Malaysia

Bergaya di hari raya bersama koleksi terbaharu Carlo Rino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Carlo Rino memperkenalkan koleksi terbaharu beg tangan dan kasut untuk Aidil Fitri bertemakan Daily Pleasure bersesuaian bagi memenuhi gaya hidup masa kini pelanggan.

Kelainan bagi setiap koleksi tersebut terletak pada perincian manik, tampalan dan sulaman tiga dimensi.

Keunikan tersebut bakal menarik minat sipemakai untuk dipadankan dengan fesyen pakaian sama ada untuk koleksi kasual atau santai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tampil dengan pelbagai rekaan terkini dan mengikut trend semasa, koleksi kali ini bukan sahaja boleh digayakan pada musim perayaan tetapi juga sesuai untuk digayakan bagi aktiviti harian.

“Sememangnya koleksi baharu ini dihasilkan untuk pelbagai peringkat umur,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Beg tangan berjenama Carlo Rino memiliki keistimewaannya kerana ia boleh digayakan dua dalam satu iaitu sama ada disandang, dipegang atau disilang.

Melalui pemakaian beg ta­ngan yang mampu memberikan penampilan sempurna kepada si pemakainya, ia juga akan dapat meningkatkan keyakinan diri masing-masing.

Mengenai kasut pula, ia dihasilkan mengikut potongan, cita rasa, dan keselesaan si pemakai dengan menjanjikan pilihan dengan pelbagai jenis rekaan sepatu sama ada bertumit, tapak rata, tapak tebal dan lembut.

Bersempena musim pera­yaan ini, Carlo Rino meng­adakan jualan bermula pada 24 Mei hingga 9 Jun ini di semua butik dan outlet Carlo Rino seluruh negara dan tidak ketinggalan melalui butik online.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan koleksi tersebut boleh melayari butik online di shop.carlorino.net manakala untuk mengetahui lokasi butik Carlo Rino seluruh negara, boleh layari www.carlorino.net/store/.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini