Bekas penyampai radio ugut pecahkan muka Muhammad Zamri diberkas - Utusan Malaysia

Bekas penyampai radio ugut pecahkan muka Muhammad Zamri diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 3 Mei – Seorang individu yang mengugut untuk memukul Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia negeri, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu melalui panggilan telefon serta laman Facebooknya ditahan polis di Brickfields, Kuala Lumpur hari ini.

Penahanan lelaki yang dikenali sebagai Shankar Ganesh Siridharan itu dilakukan tidak lama selepas Muhammad Zamri membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, semalam.

Muhammad Zamri yang dimaklumkan mengenai penahanan lelaki tersebut oleh polis tengah hari ini berkata, individu berkenaan turut menghasut orang lain supaya bertindak sama dengan memberi nombor telefonnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, selain mengherdik dengan kata-kata kesat, lelaki berkenaan yang juga bekas penyampai radio di sebuah stesen swasta juga mengugut untuk memecahkan muka beliau.

“Ketika saya berada di Kangar semalam, saya telah melihat satu hantaran video daripada lelaki tersebut di laman Facebooknya yang memuat naik rakaman telefon bersama saya yang mengandungi ugutan.

“Melalui rakaman itu juga, dia (suspek) menyebarkan nombor telefon saya agar orang lain menghubungi dan menganggu serta mengugut saya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum itu, seorang lelaki mengugut untuk menumbuk sehingga mencederakan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di laman Facebook kelmarin, turut berjaya diberkas di Pulau Pinang, hari ini.

Lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai kerani itu ditahan di rumahnya di Gelugor.

Tambah Muhammad Zamri, dia membuat laporan polis selepas bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini