Bekas pemandu MDP terharu terima sumbangan Legasi - Utusan Malaysia

Bekas pemandu MDP terharu terima sumbangan Legasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN 19 Mei – Bekas pemandu Majlis Daerah Pontian (MDP), Nordin Harun, 61, bersyukur dan terharu menerima bantuan dalam program Kembara Modal Insan 3.0:Semarak Kasih Ramadan di Tanjung Piai di sini semalam.

Dia yang kudung kaki kanan dan kini bergerak menggunakan kerusi roda merakamkan penghargaan kerana ada pihak-pihak yang prihatin terutama pihak Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (Legasi) dengan nasib golongan sepertinya.

“Sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga saya. Mujurlah isteri saya seorang suri rumah maka dapatlah dia membantu saya untuk ke sana ke mari, terutamanya apabila hendak ke hospital.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anak-anak juga banyak membantu cuma agak terhad kerana anak-anak mempunyai keluarga dan tanggungjawab masing-masing,” katanya yang mempunyai seorang anak yang masih bersekolah.

NORDIN Harun yang kudung kaki kanannya dan bergerak menggunakan kerusi roda.
NORDIN HARUN kudung kaki kanannya dan bergerak menggunakan kerusi roda. 

Nordin merupakan seorang daripada 150 penerima sumbangan Legasi dalam satu majlis penyerahan dan berbuka puasa di pekarangan kediaman Pengerusi Legasi, Datuk Jefridin Atan di Tanjung Piai di sini petang semalam.

Penerima sumbangan terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, orang kurang upaya (OKU), mereka yang sakit, uzur, ibu tunggal dan anak yatim bagi meringankan beban pada Ramadan dan sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Setiap penerima membawa pulang barangan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak, gula, kopi, susu, kordial dan kurma selain kain batik, kain pelikat serta duit raya.

Nordin, bapa kepada tujuh anak terpaksa dipotong kaki kanannya secara berperingkat-peringkat bermula dengan ibu jari kaki hingga ke paras bawah lutut dan bagi membolehkannya menggunakan kaki palsu, kakinya perlu dipotong lagi hingga paras atas lutut.

Dia yang menghidap kencing manis lebih 10 tahun lalu kini banyak bergantung kepada bantuan isterinya Kamariah Abdullah, 55. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini