KUALA LUMPUR 17 Mei – Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi yang ditahan kelmarin kerana menceroboh rumah bekas isterinya direman tiga hari sehingga Ahad ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Mohd. Zaid Hassan mengesahkan tempoh reman diperoleh terhadap suspek.
“Siasatan lanjut akan lakukan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh,” katanya.
Semalam, media melaporkan lelaki terbabit yang juga merupakan pemuzik ditahan antara pukul 5.30 petang hingga 7 malam selepas dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Hulu Klang, kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku selepas bapa kepada tiga anak terbabit melakukan kekecohan dan merosakkan pintu depan rumah bekas isterinya.
Bagaimanapun, pengawal keselamatan yang mendengar kekecohan terbabit meleraikan kekecohan itu.-UTUSAN ONLINE











