Bekalan keperluan Ramadan mencukupi - Utusan Malaysia

Bekalan keperluan Ramadan mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekalan bahan mentah untuk persediaan menyambut ketibaan bulan Ramadan di ibu negara didapati mencukupi.

Tinjauan Kosmo! Online di Pasar Chow Kit hari ini mendapati rata-rata peniaga berpuas hati dengan bekalan bahan mentah yang dijual mencukupi untuk menampung permintaan pelanggan.

Seorang peniaga, Shahril Hasyim, 38, berkata, permintaan terhadap bahan mentah seperti kelapa, kerisik dan santan meningkat berikutan ketibaan bulan Ramadan tidak lama lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua bekalan santan, kelapa dan kerisik untuk bulan puasa cukup walaupun terdapat permintaan yang tinggi.

“Kebiasaannya, pada hari biasa saya jual sekitar 500 biji kelapa, tapi menjelang Ramadan boleh terjual hingga 700 biji sehari,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Sementara itu, penjual daging lembu, Fadzil Wahab, 55, berkata, bekalan daging lembu yang dijual di gerainya juga mencukupi.

“Stok daging lembu ada yang kita ambil dari luar dan ia sedikit sebanyak dapat menampung permintaan pelanggan.

“Lagi pun, sekarang penternak tempatan semakin bertambah dan mudah untuk dapatkan bekalan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini