Bazar Jalan TAR jadi tradisi warga kota - Utusan Malaysia

Bazar Jalan TAR jadi tradisi warga kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mei – Sudah 15 hari umat Islam menjalani ibadah puasa bermakna tinggal hanya 15 hari lagi sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Norfaizah Ali mengenakan baju melayu kepada anaknya Hafiz Rosidi, 3, semasa membuat persiapan awal
Norfaizah Ali mengenakan baju melayu kepada anaknya Hafiz Rosidi, 3, semasa membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri di Jalan TAR Kuala Lumpur, hari ini. – UTUSAN ONLINE/FARID JANUDIN

Warga kota sudah mula membuat persiapan awal ketika tinjauan Utusan Online di bazar Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini petang tadi.

Walaupun hujan lebat kira-kira satu jam namun tidak menghalang persiapan Aidilfitri buat peniaga dan pengunjung bazar jalan TAR tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…
ORANG ramai berpusu-pusu mengambil kesempatan mencari barangan keperluan menjelang sambutan Hari Ray
ORANG ramai berpusu-pusu mengambil kesempatan mencari barangan keperluan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri di Jalan TAR, Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN ONLINE /  FARID JANUDIN

Seorang pengunjung, Norfaizah Ali yang mengambil pendekatan awal bagi membuat persiapan berkata persiapan disaat akhir akan memberi tekanan masa kepadanya.

“Setiap tahun saya sering berkunjung ke bazar Jalan TAR ini bagi membeli keperluan dan persiapan lain untuk anak-anak.

SEKUMPULAN anak-anak yatim berkongsi payung bersama guru pengiring dalam suasana hujan semasa membua
SEKUMPULAN anak-anak yatim berkongsi payung bersama guru pengiring dalam suasana hujan semasa membuat persiapan awal menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri di Jalan TAR, Kuala Lumpur hari ini.-UTUSAN ONLINE /  FARID JANUDIN 

“Jika dilakukan saat akhir sudah tentu kita akan kesuntukan masa dan pemilihan pakaian agak terhad terutamanya kanak- kanak,” jelasnya kepada Utusan Online ketika ditemui di sini hari ini.

Dua minggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, bazar Jalan TAR cukup sinonim dengan warga kota bagi mencari barangan keperluan.
 

Malahan peniaga di situ sudah mula bersedia menyantuni pelanggan yang datang terutamanya cuti hujung minggu dan cuti umum. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini