KANGAR – Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut disyaki akibat dipukul bapa kandungnya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 3, Kampung Baroh, Jalan Santan, Ngulang di sini pada Sabtu lalu. Mangsa, Norhayati Mohamad Amin yang merupakan warga Thailand dikatakan ditampar pada muka oleh suspek berusia 44 tahun kira-kira pukul 2 petang. Tindakan kejam suspek menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira…









