Bayaran BSH kepada 300,000 penerima tidak dapat dikreditkan - Utusan Malaysia

Bayaran BSH kepada 300,000 penerima tidak dapat dikreditkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak dapat mengkreditkan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa kedua melalui akaun bank kepada 300,000 penerima yang telah diluluskan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, faktor utama penyaluran bayaran fasa kedua tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun bank mereka adalah nombor akaun bank yang didaftarkan tidak tepat.

Jelasnya, selain itu, sebilangan penerima BSH 2019 telah mendaftarkan nombor akaun bank suami dan ini menggagalkan pengkreditan akaun kerana nombor akaun tersebut bukan di bawah nama isteri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pembayaran BSH 2019 bagi penerima berumur 59 tahun ke bawah dilakukan melalui akaun bank isteri.

“Perkara ini telah diumumkan kepada setiap penerima BSH melalui surat makluman dan turut dipaparkan di dalam portal BSH untuk makluman umum,” katanya.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan pembayaran fasa kedua BSH 2019 akan dilakukan mulai 28 Mei lalu dengan peruntukan sebanyak RM1.42 bilion dan memanfaatkan hampir 3.6 juta penerima BSH.

Menurut kenyataan itu, sehubungan dengan itu, bagi memastikan penerima yang gagal dikreditkan menerima pembayaran berkenaan, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mewujudkan akaun bank baharu secara automatik untuk penerima yang berkenaan.

Jelasnya, maklumat akaun bank baharu boleh diketahui melalui surat makluman yang akan dikeluarkan dan dengan melayari portal BSH serta pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun berkenaan mulai 14 Jun depan.

“Selain itu, daripada jumlah 300,000 penerima BSH 2019 di kawasan pedalaman yang mempunyai akaun bank akan menerima pembayaran pada tarikh sama.

“Bagi penerima BSH di kawasan pedalaman yang tiada akaun bank, bayaran akan dibuat pada 1 Julai depan secara tunai,” katanya.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 dan e-mel kepada [email protected]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini