Barcelona tetap sokong Valverde meskipun kecewa - Utusan Malaysia

Barcelona tetap sokong Valverde meskipun kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 11 Mei – Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde berkata, dia menerima sokongan daripada presiden kelab Josep Bartomeu selepas pasukannya ditunjukkan jalan keluar pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara, minggu lalu.

Barca tersingkir selepas Liverpool membuat kebangkitan menakjubkan 4-0 dalam aksi timbal balik, sekali gus menyingkirkan skuad bimnbingan Valverde, yang pada awalnya membawa bekalan selesa dengan 3-0 pada separuh akhir pertama.

Bagaimanapun masa depan jurulatih tersebut masih samar menjelang pertembungan dua terakhir La Liga menentang Getafe dan Eibar, dengan Valverde menegaskan dia tetap mahu terus membimbing skuad Catalans.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak memikirkan tentang itu (bakal dipecat). Tidak sama sekali.

“Saya mempunyai kekuatan untuk meneruskannya. Saya baik-baik sahaja, sama seperti orang lain. Apa yang kami perlu buat adalah teruskan berjuang dan bukannya menyorok di sebalik batu.

“Saya telahpun bercakap kepada presiden dan saya sentiasa mendapat sokongan daripada kelab.

“Saya faham jika perkara ini berlaku (tersingkir dalam saingan Liga Juara-Juara), semuanya serba tidak kena. Ia bukan seperti anda perlu membakar kesemuanya. Seperti apabila anak kita mengamuk, anda perlu membinanya.

Barcelona sudahpun memenangi gelaran La Liga dan mampu merealisasikan kejayaan berganda dalam saingan domestik jika mengalahkan Valencia di pentas akhir Copa del Rey hujung bulan ini.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini