PUTRAJAYA 3 Mei – Kerajaan akan mengenal pasti tanah-tanah terbiar miliknya seluruh negara untuk dibangunkan dalam usaha memberi peluang kepada golongan petani dan pekebun kecil mempertingkatkan produktiviti serta hasil pertanian mereka. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, adalah lebih baik bagi tanah-tanah terbiar tanpa perancangan dalam masa terdekat itu dibangunkan untuk bidang pertanian. Menurut beliau, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menentukan kesuburan tanah-tanah berkenaan…










