TEKNAF 31 Mei – Pihak berkuasa Bangladesh berjaya menghalang 58 pelarian Rohingnya ketika cuba berlepas ke Malaysia menaiki bot nelayan, berhampiran Teluk Bengal, Saint Martin, semalam. AFP yang memetik sumber rasmi sebagai berkata, pihak berkuasa turut menahan dua lelaki dipercayai dalang utama aktiviti penyeludupan manusia itu. Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, kira-kira 400 pelarian Rohingya berjaya dihalang pihak berkuasa Bangladesh daripada memasuki Malaysia secara haram. Ribuan pelarian cuba melarikan diri untuk mencari peluang lebih baik di negara seperti Malaysia dan Thailand. -AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya