KUALA LUMPUR 23 Mei – Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (Bangiku) dan Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya baru-baru ini menganjurkan Majlis Iftar Bersama Asnaf 2019 di Kompleks Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Program melibatkan 100 orang penerima asnaf itu merupakan tanggungjawab sosial warga kampus MMU untuk menyumbang kepada komuniti setempat sempena Ramadan.
Majlis dirasmikan Yang Dipertua Bangiku, Hamdi Haron dan serentak dengan itu menyampaikan sumbangan kepada penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, orang kurang upaya dan anak yatim.
Selain berbuka puasa, program turut diisi pelbagai aktiviti seperti mewarna dan hadiah khas untuk anak-anak golongan asnaf dan anak yatim yang disediakan oleh pelajar MMU. – UTUSAN ONLINE











